|
Pintu masuk UUM |
1 September 2015, merupakan hari pertama saya menjejakkan kaki ke Universiti Utara Malaysia(UUM) ni. Sehari sebelum kami sekeluarga telah pun sampai di bumi sintok ini bagi memudahkan proses pendaftaran keesokkan harinya takut2 kami tersesat jalan pulak esok nya(memang sesat pun :P). Jadi, saya harap kepada adik2 yang bakal memasuki UUM ni, eloklah booking tempat penginapan anda awal2 sbb motel2 area sintok ni tak banyak dan menyebabkan ramai yang terpaksa menginap di area alor setar. Dimana akan memakan masa dalam satu jam ke UUM ni.
|
Peta UUM |
Di UUM ni saya mendapat tawaran Bachelor of Business Administration selama 4 tahun (saya lepasan matrikulasi). First appreciation saya bila dapat tawaran dari UUM, saya anggap UUM ni tak semaju dan segah Universiti2 lain disebabkn penempatannya jauh dari bandar. Mall yang terdekat dengan UUM ni adalah CMart(10 minit) dari UUM. Tapi, jangkaan saya meleset sama sekali. Apabila saya melangkah masuk ke kawasan UUM ni saya agak kagum dengan seni reka bangunan dan kawasan UUM ni. Kawasan UUM ni disekelilingi dengan hutan yang menjadikan UUM ni kelihatan redup sahaja. Di UUM ni ada PLKN (lengkap dengan trek rentas halangan dan lapang sasar), tasik(boleh berkayak), pusat sukan (ade swimming pool ;) ,kemudahan berbasikal, berdekatan dengan pusat Kokurikulum, Pusat kesihatan universiti dan markas PALAPES), hutan simpan, air terjun, kadang rusa, mall sendiri (varsity mall),padang golf yang tersangat luas,trek Gocart dan pelbagai lagi.
|
Go-cart UUM |
|
kandang ostrich |
|
nak naek kuda pun ada :D |
|
Library UUM |
|
Hidden lake UUM |
|
puncak Vista UUM (dapat lihat pemandangan UUM dari atas) |
Apa yang menarik mengenai dengan UUM ni lagi, mereka ada menyediakan penginapan kepada semua pelajar UUM. Sebanyak 15 Inapan Siswa(inasis) yang ada di UUM mengikut laluan iaitu, laluan C (YAB, muamalat), laluan A&B( TM, MISC, BSN, Sime darby, Grantt, Petronas, proton, TNB, MAS), laluan D(Bank Rakyat,SME bank) Alhamdulillah semua makanan kat semua Inasis sedap2 belaka. Jika bosan dengan makanan di inasis anda, anda ada 14 inasis lagi untuk menjadi pilihan :P. Bilik nya menempatkan 2 orng pelajar sebilik. Bangunan Inapan yang agak baru merupakan inasis laluan C. Bas bagi ke kuliah pula disediakan seawal 7.30 pagi(class start pkol 8.30 dan class yg last berakhir 5.30 petang)
Bagi bangunan2 kuliah pulak, ada DKG 1 hingga 7 dan bilik tutoran pulak tersangatlah banyak jenis nye. DKG 1-4 merupakan dalam kawasan yang berdekatan iaitu di kawasan blok COB dan CAS. DKG 5-6 di blok COLGIS. jarak antara kawasan COB-CAS dan COLGIS agak jauh tapi masih boleh untuk berjalan kaki kesana( 10-15 minit jugak la jalannya). Tapi, bagi DKG 7 wajib ambil bas sebab kuliah nya di luar kawasan UUM bersebelahan dengan EDC hotel(hotel UUM).
Di UUM ini jugak terdapat satu perhidmatan yang di panggil U-Assist(berdekatan dengan library UUM) ia merupakan pusat bagi perkhidmatan bagi pelajar. Jadi, jika mempunyai sebarang urusan seperti urusan tajaan /biasiswa, disini lah tempatnya. Berdekatan kawasan U-Assist ade bangunan pentadbiran seperti banugunan Canselori, Hal Ehwal Pelajar dan Hal Ehwal Akademik. Bangunan2
pentadbiran di UUM ni berdektan dengan kawasan pentadbiran COB jadi tidak memerlukan bas dan sangat memuudahkan para pelajar. Hal inilah yang membuat saya tertarik dengan UUM kerana suai reka kawasn blok2 akademik dan pentadbiran dia yang mesra pelajar
Akhir sekali, pendapat saya yang telah hampir 2 tahun di UUM ni, saya rasa perkhidmatan di UUM ni setaraf dengan universiti2 awam lain yang terkenal di Malaysia ini. kelajuan WiFi dia juga terabaik hehe. Jadi, kepada yang mendapat tawaran dari UUM ni tak perlulah risau kerana kemudahannya adalah yang terbaik. Cuma kita akan hidup jauh dari bandar yang mall yang besar2 tu(dapat saving dan elak boros ye ;) ).
P/S: gambar sumber dai google.
Comments
Post a Comment